Peringgatan:Segala komen yang diletakan oleh parapemblogger`s lain, pemilik Blog LIBASANMASA tidak bertanggung jawab

Sunday, July 12, 2009

Akhirnya Kelemahan PKR Dilahirkan Oleh Puak Sendiri


Esok, Isnin 13 Julai 2009, jam 11.30 pagi dijadualkan rombongan Angkatan Muda Keadilan [AMK] PKR Selangor akan menyerahkan Memorandum Bantahan di SUK Shah Alam.

KECOH!! Apa dah jadi dengan PKR Selangor? Bantahan apa..?

AMK Selangor membantah perlantikan Ahli Majlis dibeberapa daerah dimana beberapa calon calon dari kepimpinan AMK Selangor TIDAK terpilih.

Sebagai contoh , bantahan dikemukakan apabila seorang calon yang terpilih sebagai Ahli Majlis MBSA, Azhar Mauludin telah dikategorikan kuota AMK Shah Alam sedangkan beliau TIDAK langsung memegang sebarang jawatan rasmi, dan lebih pelik lagi usia beliau sudahpun melebihi HAD USIA 40 tahun. Oleh karana calon ini pilihan salah seorang EXCO kerajaan Selangor, maka keputusan ini diteruskan juga.

Dalang kepada pemilihan Azhar Maulidin adalah Yb ADUN Batu 3. Sehubungan dengan itu satu gerakan yang menamakan kumpulan mereka sebagai GASAK – Gerakan Suara Anak Muda Keadilan dijangka akan membongkar beberapa kepincangan pentadbiran Yb tersebut, diantaranya adalah pembelian sebuah rumah baru di Shah Alam yang akan dijadikan TASKA peribadi beliau.

Satu lagi protes adalah keatas seorang calon yang terpilih sebagai Ahli Majlis MDKS, Thirumoorthy bekas pemimpin MIC yang baru menyertai PKR Kuala Selangor pada tahun 2009. PKR Kuala Selangor dipimpin oleh Khalid Ibrahim sebagai Ketua Bahagian.

Beberapa hari yang lalu, AMK Ampang membuat kejutan sewaktu Anwar Ibrahim berceramah apabila mereka membuat demo membantah lantikan beberapa individu sebagai Ahli Majlis yang tidak mendapat “endorsement” PKR Bahagian Ampang tetapi menjadi pilihan Yb Zuraidah Ahli Parlimen kawasan tersebut.

Beginilah hura-haranya dalam PKR Selangor. Dalam membuat keputusan sebegini pun TIDAK dapat diselesaikan dengan baik. Terlalu banyak rasa tak puas hati, berebut-rebut mengejar pangkat dan jawatan. Tidak ada sefahaman langsung diantara pimpinan Bahagian dengan Yb Yb mereka….. Bagaimana mungkin mereka mampu menyelesaikan masalah rakyat sekiranya rumahtangga sendiri tunggang langgang…, maklumlah Boss mereka suka tonggeng menonggeng..!


Salinan surat bantahan yang pernah dikemukakan oleh AMK Shah Alam

Friday, July 10, 2009

DAP SETARAF DENGAN PAS BILA FITNAH ORANG

LASAN SAYA :- Sebelum ini heboh dimainkan oleh akhbar PR memetik kata2 aDUN Skinchan yg menuduh DSKT membeli banglow mewah berharga RM 24 juta. Sebuk para pencacai PAS ( tukang buat Dosa kering ) bercerita tentang DSKT. Pada mereka, rumah besar hanya boleh dimiliki oleh bangsa cina dan keling, kaum melayu adalah salah dan jika kaum melayu yg beli maka mereka akan dituduh dgn berbagai fitnah jahat ( sudah biasa dan menjadi makanan ruji pencacai PAS ). Nah, untuk kepastian sila layari blog DSKT di http://www.drkhir.com/. siap bukti bergambar lagi. Jadi kepada melayu hasad dengki kalau nak kaya boleh daftar dgn DSKT utk jadi agen jual rumah.
jangan marah noooo, saja usik sebab dah lama simpan geram. Dulu asyik UMNO serta BN dituduh berbagai kejahatan, sekarang masanya utk balas balik.
takbirrrrrrrr.
Dakwaan:
i. Saya mengeluarkan belanja RM 24 juta untuk tanah dan banglo di Seksyen 7, Shah Alam
ii. Saya membuat penilaian semberono untuk hartanah tersebut
iii. saya beli tanah berharga hampir RM 4 juta dengan bayaran tunai.

Fakta:
i. Saya membeli tanah dan Banglo terbengkalai.
ii. Saya melakukan sedikit ubahsuai bagi menyelesaikan banglo terbengkalai tersebut.
iii. Penilaian dibuat oleh ejen hartanah bertauliah, Rahim & Co

Angka:
i. RM 3.5 juta - jumlah harga tanah dan banglo terbengkalai yang saya beli atas nilaian Rahim & Co.
ii. RM 3 juta pinjaman HSBC
ii. RM 600 ribu - kos pembaikan dan ubahsuai bagi menyiapkan banglo yang terbengkalai tersebut.
iii. RM 24 juta - jumlah nilaian ejen tidak bertauliah dari Sekinchan.


Komentar

1. Sungguhpun saya mahu menunggu kes di Mahkamah, namun ada yang berpendapat kes Mahkamah akan memakan masa dan mungkin ketika keputusan diperolehi ia tidak lagi ada ertinya. Dengan kata lain, persepsi politik hari ini jika tidak dibetulkan boleh membawa mudarat segera sedangkan keputusan mahkamah bagi kes sivil akan memakan masa bertahun lamanya.

2. YB Sekinchan menuduh saya memiliki sebuah banglo berharga RM 24 juta. Saya tidak menafikan banglo tersebut milik saya, namun saya menafikan ia berharga RM 24 juta.

3. YB Sekinchan mendakwa saya membeli tanah sahaja dengan harga hampir RM 4 juta dan membina banglo berharga RM 20 juta. Dengan menggunakan kiraan gaji dan elaun Menteri Besar, beliau mempersoalkan dari mana saya mendapat wang membeli tanah berharga sedemikian.

4. Berdasarkan gambar dan tuduhan-tuduhan palsu YB Ng Sue Lim, ramai yang menjadi pakar hartanah sekelip mata. Maka nilaian harta diletak sesuka hati tanpa pun mengetahui status tanah dan syarat-syarat lain ke atas tanah tersebut. Maka saya dituduh membuat anggaran sendiri. Malahan ada yang mendakwa saya menipu kononnya mengambil pinjaman bank. Ada pula yang beranggapan saya membayar secara tunai pembelian tersebut.

5. Saya menyatakan saya membeli rumah yang terbengkalai (hampir siap) dan tanah dari syarikat yang menghadapi masalah kewangan dengan harga RM 3.5 juta, di mana RM 3 juta melalui pinjaman bank HSBC. Saya menyiapkan bahagian yang terbengkalai dengan harga RM 600 ribu.


6. Faktanya, nilaian tanah dan rumah terbengkalai tersebut di lakukan oleh sebuah ejen hartanah terkemuka, Rahim & Co. (di sini saya sertakan salinan surat nilaian tersebut). Dalam surat tersebut jelas menunjukkan Rahim and co menilai tanah dan bangunan (banglo terbengkalai tersebut) dengan harga RM 3.5 juta.



7. Saya juga menyertakan sebahagian Perjanjian Jual Beli bagi membolehkan saudara/i memahami syarat-syarat pemilikan tanah tersebut dan butiran jual beli.



8. Selepas menyemak dokumen pinjaman, ada sedikit kesilapan fakta dalam kenyataan saya sebelum ini. Pinjaman HSBC saya bukanlah untuk 30 tahun tetapi untuk jangka masa 23 tahun. (lihat lampiran)






9. Setelah pendedahan ini saya berharap semua pembaca dapat membuat penilaian secara ikhlas bukannya sekadar mengutuk kerana benci kepada saya mahu pun UMNO.

sila rujuk blog Datuk Sri Khir Toyo

Tuesday, July 7, 2009

SEDARLAH SAUDARAKU!!

KRONOLOGI BANI ISRAEL

1. Bani Israel mengalami cengkaman perhambaan dan kezaliman Firaun di Mesir.

2. Nabi Musa as diperintahkan oleh Allah untuk memimpin kaumnya menghadapi suatu perjalanan yang panjang ke "Tanah Yang Dijanjikan"

3. Nabi Musa dan kaumnya berjaya melarikan diri namun Firaun dan tenteranya ditenggelamkan di di dasar laut.

4. Semasa dalam perjalanan sebahagian telah syirik kepada Allah dengan menyembah anak lembu emas yang dibentuk melalui sihir sedang nabi Musa bermunajat kepada Allah di Gunung Sinai. Namun mereka akhirnya bertaubat.

5. Bani Israel mengingkari perintah Allah supaya berjihad dengan orang-orang kafir yang menduduki wilayah tersebut.

6. Bani Israel berpusing-pusing selama 40 tahun di tempat yang sama walaupun hanya berada di luar tanah yang dijanjikan kerana keingkaran mereka itu.

7. Bani Israel memulakan penghidupan baru setelah generasi anak-anak mereka akhirnya menemui tempat tersebut.

8. Bani Israel menikmati kehidupan bebas dan sejahtera namun tidak bersyukur serta melakukan kezaliman dan perhambaan terhadap kaum lain yang telah dikuasai.

9. Bani Israel membinasakan rumah-rumah berhala kaum yang ditakluki namun agak keberatan untuk mengajak kaum tersebut kepada KeEsaan Allah. Sebaliknya mereka mengingkari ajaran kitab Taurat dengan kegiatan meminum arak dan berjudi.

10. Mula belajar cara-cara membuat minuman keras dan permainan judi. Apabila Nabi Yushua' as (pengganti Nabi Musa as) melihat bani Israel semakin terpesong lalu baginda menegur mereka. Bani Israel itu kemudiannya berkata:

"Wahai Yushua', kami sebenarnya sedia maklum tentang keburukan permainan-permainan ini, bagaimanapun kami bukanlah merekanya untuk diri kami, tetapi hanyalah bagi kaum-kaum lain yang telah kami kuasai. Jikalau kami tidak melalaikan mereka dengan hal-hal yang dapat mengalihkan perhatian mereka dari kami, maka sudah tentu mereka akan bangkit menentang kami. Kami sengaja meracuni kehidupan mereka supaya kaum kami dapat bersih dan menjadi orang-orang bertaqwa."

11. Akibat perbuatan sendiri, mereka dibenci dan diancam oleh penduduk sekitar Kan'aan.

12. Kaum Amalakit di bawah pimpinan gergasi jalut menyerang.

13. Bani Israel meminta Allah mengadakan raja bagi memimpin mereka memerangi kaum liar tersebut.

14. Allah memilh Thalut sebagi raja namun pada awalnya mereka tidak bersetuju kerana Thalut tidak mempunyai pengaruh dan kekayaan. Akhirnya mereka akur Thalut pilihan Allah dan bukannya Nabi Samuel as (mengantikan Nabi Yushua as).

15. Seorang anak kecil yang bernama Daud berjaya membunuh Raja Amalikit, gergasi Jalut yang amat kuat dengan hanya menggunakan sebilah lastik burung.

16. Bani Israel memenangi peperangan.

17. Daud dikahwinkan dengan anak perempuan Thalut.

18. Allah melantik baginda sebagai Nabi dan selepas Thalut mangkat kerajaan diserahkan kepada Nabi Daud as.

19. Nabi Daud membangunkan sebuah kota di wilayah Kan'aan iaitu Jebus dan menyimpan peti Tabut. Allah mengkhabarkan sebuah rumah ibadat yang paling agung dalam sejarah kemanusiaan akan dibina iaitu Haikal Sulaiman atau "Temple of Solomon".

20. Bani Israel mendapat bimbingan ajaran-ajaran Taurat di Jebus yang ditukar namanya kepada Baitul Muqaddas (Al-Quds) atau Jurusalem.

21. Nabi Daud telah memulai membina masjid agung namun sebelum sempat siap, baginda meninggal dunia. Usaha diteruskan oleh puteranya Nabi Sulaiman.

22. Masjid yang dinamakan Haikal Sulaiman ini telah dibina dengan bantuan Jin dan manusia. Masjid ini telah mendatangkan rahmat, kesejahteraan dan menjadi simbol era pemerintahan Nabi Sulaiman. Sehingga ke hari ini Bani Israel dan keturunan mereka menganggapnya sebagai "zaman emas" mereka.

23. Nabi Sulaiman wafat pada tahun 935 SM.

24. Bani Isreal mengalami kemerosotan kerana bercakaran sesama sendiri dan berpecah belah.

25. Bani Israel membentuk 2 kerajaan. 10 suku membentuk kerajaan utara dan 2 suku lagi iaitu Yahuda dan Bunyamin membentuk kerajaan selatan.

26. Selain berperang sesame sendiri Bani Israel telah membunuh Nabi Zakariyya AS, memenggal leher puteranya Nabi Yahya dan cuba membunuh Nabi Isa As diatas salib namun Allah telah menyelamatkan baginda dan membawanya ke langit.

27. Kemungkaran yang melampaui batas dan bersambung-sambung akhirnya menyebabkan Bani Israel ditimpa kehinaan setelah dijajah oleh bangsa asing.

28. Tahun 926 SM, Raja Firaun datang menjajah.

29. Tahun 722 SM, tentera Assuria membinasakan kerajaan utara dan membunuh sebahagian besar Bani Israel manakala bakinya menjadi hamba abdi.

30. Tahun 612 SM tentera Assuria pula telah dikalahkan oleh tentera Babylon.

31. Tahun 586 SM, tentera Babylon di bawah pimpinan Raja Nebuchadnezzar telah menyerang Baitul Muqaddas (Jurusalem). Mereka membakar kota, menyembelih penduduk dan memusnahkan Haikal Nabi Sulaiman as. Kitab taurat yang berada dalam Haikal Sulaiman turut terbakar hangus.

32. Kerajaan Yahuda musnah sama sekali. Sedangkan Kerajaan Utara telah dimusnah lebih awal oleh tentera Mesir dan Assuria.

33. Ditakdirkan Allah, tentera Mesir, Assuria dan Babylon yang mengambil bahagian dalam pemusnahan 2 kerajaan Bani Israel ini telah memeluk agama Islam. Keturunan bangsa-bangsa inilah yang menjadi penduduk pribumi Arab Palestin pada hari ini.

34. Bani Israel cuba mendapatkan kembali wilayah tersebut tetapi yang terbaik yang berjaya dicapai ialah mendapat kuasa otonomi terhad semasa jajahan Romawi.

35. Tahun 70 SM Jeneral Titus dan tentera Romawi menjarah kota suci Baitul Muqaddas. Kebanyakan penduduk telah dibunuh dan sebahagian telah diusir.

36. Tahun 132 M berlaku sekali lagi peristiwa berdarah di Baitul Muqaddas. Kaisar Romawi Hadrian mengisytiharkan bahawa kaum Yahudi tidak dibenarkan pulang. Semenjak itu Bani Israel terpaksa mencari ruang penghidupan di tempat-tempat lain. Bermulanya sejarah yang dipanggil oleh masyarakat barat sebagai ‘the scattered tribe' atau ‘bangsa yang berselerak'.

37. Tahun awal 300 M arahan dilanjutkan oleh kaisar Byzantine Konstantine.

38. Tahun 621 M kaisar Byzantine Heraclius menyambung menguatkuasakan pengisytiharan selepas Yahudi melakukan pemberontakan dengan merosakkan biara-biara dan gereja-gereja.

39. Tahun 1215 M dalam muktamar maskoni ke-4, pusat gereja Katholik megeluarkan pengisytiharan:

"Kerana belas kasihan kita, mereka (Yahudi) menjadi Kawan, tetapi mereka adalah sangat merbahaya, bahayanya seperti ulat dalam buah apple atau ular bisa di dalam dada."

40. Tahun 1253 M Perancis menjadi negara Eropah pertama mengusir semua Yahudi dari negara tersebut kerana pusat gereja Katolik di Vatican telah gagal membendung kejahatan-kejahatan yang telah dilakukan oleh kaum Yahudi.

41. Tahun 1290 M, King Edward I telah menitahkan semua orang-orang Yahudi diusir terus dari negara England kerana kerakusan golongan murabin (pemakan bunga) telah benar-benar menyengsarakan rakyat England.

42. Tahun 1569 M Pope Pius V mengeluarkan arahan supaya orang Yahudi diusir keluar daripada negara-negara Eropah yang takluk bawah kuasa gereja. (Pranaitis, hlm 91).

43. Tahun 1370 M Yahudi diusir dari Belgium, tahun 1380 M dari Czechoslavia, tahun 1510 M dari Russia, Tahun 1540 M dari Itali, tahun 1551 M dari Jerman dan Hitler membunuh beramai-ramai orang Yahudi dalam tahun1930an.

44. Yahudi kemudian berpindah ke kawasan timur, khususnya Poland dan kerajaan-kerajaan jajahan empayar khalifah Othmaniyyah. Atas sifat belas kasihan kerajaan Islam telah banyak bertanggungjwab melindungi kaum Yahudi daripada ancaman penderaan dan pembinasaan kaum Kristian di Eropah apabila mereka diusir besar-besaran yang dikenali sebagai ‘The Great Eviction' atau Pengusiran Besar-Besaran. Namun bantuan yang diberikan umpama ‘melepaskan anjing tersepit'

45. Tidak pernah kembali ke Baitul Muqaddas sebagai satu kaum selama 1,900 tahun selepas serangan Jeneral Titus Romawi pada tahun 70 M.

46. Tanggal 2hb November 1917 M, Yahudi mula pulang berama-ramai selepas termeterainya pernjanjian Belfour.

47. Tahun 1948 Negara haram Israel ditubuhkan oleh PBB.

Kesimpulan

Saudaraku, Bani Israel mendapat kehinaan kerana perbuatan mereka sendiri yang melanggar perjanjian dengan Allah dan sifat mereka yang suka membuat kerosakan dan kesusahan kepada bangsa lain. Umat Islam juga akan menerima kehinaan apabila meninggal akan suruhan Allah dan RasulNya.

Bangsa Yahudi tidak boleh mendakwa tanah Palestin adalah milik mereka walaupun mereka antara yang terawal menduduki tanah tersebut kerana Bani Israel pada waktu itu mengikut ajaran Nabi Musa dan menyembah Allah. Bani Israel pada waktu itu adalah orang Islam yang seakidah dengan rakyat Palestine pada hari ini! Tanah Palestine kekal milik orang Islam dan bukan orang kafir. Orang Islam seluruh dunia wajib mempertahankannya.

PBB ditubuhkan untuk negara Israel kerana segala resolusi yang dibuat keatas Israel tidak pernah dilaksanakan dan selalu mendapat veto daripada US. Tetapi apabila resolusi keatas negara Islam diluluskan ia wajib dipatuhi kalau tidak akan mendapat sekatan ekonomi dll. Tiada negara Islam yang mempunyai veto.

Wahai saudara2ku yang beriman dan dirahmati Allah s.w.t hendaknya.. .sedarlah, bangkitlah bahawa pada ketika dan saat ini kita telah dilalaikan dan diperbodohkan dengan berbagai cara tidak kira dimana jua kita berada supaya mereka dapat memusnahkan serta menghancurkan agama yang kita junjung ini sedikit demi sedikit tanpa kita sedari jika kita terdiri dari golongan yang lalai...

Bani Israel membinasakan rumah-rumah berhala kaum yang ditakluki namun agak keberatan untuk mengajak kaum tersebut kepada KeEsaan Allah. Sebaliknya mereka mengingkari ajaran kitab Taurat dengan kegiatan meminum arak dan berjudi. Mula belajar cara-cara membuat minuman keras dan permainan judi. Apabila Nabi Yushua' as (pengganti Nabi Musa as) melihat bani Israel semakin terpesong lalu baginda menegur mereka. Bani Israel itu kemudiannya berkata:

"Wahai Yushua', kami sebenarnya sedia maklum tentang keburukan permainan-permainan ini, bagaimanapun kami bukanlah merekanya untuk diri kami, tetapi hanyalah bagi kaum-kaum lain yang telah kami kuasai. Jikalau kami tidak melalaikan mereka dengan hal-hal yang dapat mengalihkan perhatian mereka dari kami, maka sudah tentu mereka akan bangkit menentang kami. Kami sengaja meracuni kehidupan mereka supaya kaum kami dapat bersih dan menjadi orang-orang bertaqwa."

Saudara2ku yang dikasihi lihatlah keadaan kita pada ketika ini mampukah kita mempertahankan apa yang telah diamanahkan serta dipertanggungjawabkan kepada kita oleh junjung besar Nabi Muhammad S.A.W di mana baginda telah menyatakan kerisauan baginda terhadap kita ‘umat di akhir zaman ini’.... 'Allah S.W.T tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasib mereka sendiri'

Wassalam...
________________________________________

Tuesday, June 30, 2009

Demi perjuangan

Muhasabah

UMNO PAS


AKHIRNYA Mursyidul Am atau Penasihat utama PAS Nik Aziz Nik Mat terpancing dengan provokasi yang dibuat oleh Perdana Menteri Najib bila menyatakan Pas ikhlas dalam isu membincangkan Kerajaan Perpaduan dengan secara terbukanya meminta Timbalan Presiden PAS keluar dari PAS dan mengosongkan kerusi Parlimen Bachok. Sewajarnya dengan kedudukan beliau sebagai Mursyidul atau penasihat atau terjemahan bebasnya sebagai ‘orang yang dirujuk’. Beliau yang dipanggil Tok Guru yang berprestasi tinggi tadarru (ketabahan iman) dengan beristikhamah, mujahadat menjaga prinsip mulai ukhuwah Islamiyah adalah terlalu sukar untuk dipercayai boleh mengeluarkan kenyataan saperti diktator Hitler itu.

Maka persoalan sekarang sah ke Nik Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar di Kelantan kerana dalam Kitab Al Ahkamus Shulthaniyah karangan Al-Mawardi mengingat syarat menjadi pemimpin termasuk jawatan saperti Menteri Besar, seorang itu harus sihat jasmani dan rohani. Bagi seorang Tok Guru, tidak ada kemungkinan dia terlupa perilaku Nabi Muhammad SAW bila dia dihina atau dicerca selalu berkata ‘Ya Allah ampunilah mereka, kerana mereka tidak mengetahuinya” . Jika dia berpendapat bahawa perbuatan Timbalan Presiden PAS itu seperti menghina atau tidak mengindahkan pandangan yang tidak bersetuju sebarang dialog dengan UMNO bagi kepentingan umat Islam dan Melayu. UMNO memang menyedari bahawa prinsip PAS melawan UMNO berdasarkan kepada isu utama yang dinyatakan oleh Presidennya Abd Hadi Awang yang berbunyi lebih kurang. ‘Saudara-saudara sekelian (maksudnya kepada ahli-ahli PAS). Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah.

Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka’. Kesimpulan dari ucapan itu bahawa PAS menentang UMNO kerana perinsip agama dan bukannya perinsip kepentingan Melayu dan Negara. Tetapi hari ini semua orang tahu, apa yang dilakukan oleh PAS yang punya 6 orang ahli DUN Perak. Mereka Bermatian untuk menunjukan bahawa bahawa UMNO atau Barisan Nasional tidak demokrasi dan mendesak dibubarkan Dewan Undangan Negeri. PAS hanya mempunyai jawatan Menteri Besar dan seorang Exco sahaja dengan dikawal oleh 7 orang dari DAP yang beketurunan Cina. Pada pandangan dan sikap PAS bahawa beliau telah berjaya menumbangkan UMNO dengan prinsipnya apa yang dikatakan oleh Presidennya itu. Maka bertanya orang-orang diatas pagar yang UMNO pun tidak, PAS pun tidak akan ucapan Presiden PAS itu ‘ Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam.

Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’ .Dimana ucapan ditujukan kepada UMNO. Yang sekarang telah dipersetujui oleh Musyidul Amnya. Bagi pandangan Nik Aziz Nik Mat, UMNO yang ahlinya 99 peratus orang Islam dan mengucap dua kalimah syahadat yang sama dua kalimah diucap oleh Nik Aziz Nik Mat lebih buruk dan jijik dari puak DAP saperti Karpal Singh dan orang bukan Melayu dalam PKR. Pada pandangan Nik Aziz Nik Mat doa-doa tahlil kematiannya nanti yang dibacakan oleh Karpal Singh dan puak-puak dalam DAP lebih diterima Tuhan dari doa-doa dan tahlil ahli UMNO untuknya. Bagaimana pun UMNO tidak berapa kisah akan kenyataan Nik Aziz Nik Mat yang tenggelam punca dan arah ini. Apa yang menyedihkan adalah kelakuannya yang akhir akhirnya kemungkinan hukum kharma yang diterimanya sebagai pembalasan apa yang dilakukan seperti penghinaan kepada pemimpin UMNO kerana dia telah mengatasi Tuhan dalam menilai niat seseorang.

Kemungkinan itu agaknya dia menentang arus dalam komsep syura terutama sistem demokrasi. Dia tidak sepatutnya menyelar dengan angkuhnya kepada Timbalan Presiden PAS tetapi sebaliknya dari dulu lagi dia mengajak rakyat bukan sahaja menentang UMNO tetapi menolak demokrasi. Lupakah dia bahawa Islam tidak menerima komsep demokrasi. Nik Aziz Nik Mat sudah sepatutnya membaca khutbah Jumaat lebih kurang begini: ‘ Ketahuilah, bahwa demokrasi dicetuskan oleh mereka orang-orang kufar. Mereka menganggap bahwa rakyat banyaklah yang memegang kekuasaan dan menjadi sumber kekuasaan. Naudzu billah!! Saudaraku, bukankah Allah telah memerintahkanmu untuk mengembalikan urusan pada Al Kitab dan As Sunnah? Semaklah firman Allah: “Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah” (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. (An-Nisa: 59). Lalu apakah demokrasi juga mengembalikan permasalahan pada Al Quran dan As Sunnah ketika menyelesaikan permasalahan? Lihatlah dengan jelas, bukankah mereka mengembalikan pada orang terbanyak tanpa melihat bagaimana keadaan orang-orang tersebut? Padahal Allah berfirman, ' Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah). (Al Anam:116)’.

Pemimpin PAS saperti Mohd Nizar Jamalludin dan juga ahli-ahlinya berbicara ikut suka sesuai hawa nafsunya dengan menggunakan kebebasan yang ditawarkan demokrasi. Mereka beramai-ramai menghujat Kerajaan di depan umum, di podium-podium, media massa dan sebagainya. Sesungguhnya ini adalah akhlak yang jauh dari tuntutan Nabi yang mulia! Sekarang kita lihat begitu banyak peluang menggunakan platform demonstrasi berdasarkan kepada memperjuangkan pelaksanaan demokrasi. Tidakkah mereka terfikir, bukankah demonstrasi yang telah menanamkan rasa permusuhan kepada Kerajaan, mengganggu keamanan orang ramai dan mengacau ketertiban, melibatkan kaum wanita di jalan-jalan menjadi tontonan dan menjadikan lalu lintas pergerakan orang ramai terhalang sebagai satu ajaran dakwah Islam? Telah tibanya masa orang Islam hanya mengikut para ulama yang istiqamah yang meniti jalan yang lurus di atas petunjuk Nabi yang mulia, mereka tidak pernah menghalalkan untuk menghujat Kerajaan di depan umum, atau menganjurkan berdemonstrasi, Bahkan andainya pemerintahan begitu zalim, maka Rasulullah S.A.W pun tetap memerintahkan umatnya untuk mendengar dan taat kepada mereka selama tidak bertentangan dengan perintah Allah.

Penuhilah hak mereka dan mintalah hakmu pada Allah Taala. Al Qur'an Al Karim mengisahkan kepada kita contoh yang baik tentang suatu hukum (keputusan) yang berdasarkan musyawarah, aitu kisah Ratu Saba' (Balqis), yang dikejutkan dengan surat Nabi Sulaiman AS yang dibawa oleh burung Hud-hud, lalu ratu itu mengumpulkan kaumnya dan berkata: "Berkata dia (Bilqis), "Hai para pembesar !, berilah aku pertimbangan dalam urusanku (ini) aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu berada dalam majlis(ku). Mereka menjawab, "Kita adalah orang-orang yang memiliki keberanian yang sangat (dalam peperangan), dan keputusan berada di tanganmu; maka pertimbangkanlah apa yang akan kamu perintahkan. Dia berkata, "Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri, nescaya mereka membina, dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina; dan demikian pulalah yang akan mereka perbuat. Dan sesungguhnya aku akan mengirim utusan kepada mereka dengan (membawa) hadiah, dan (aku akan) menunggu apa yang akan dibawa kembali oleh utusan-utusan itu ." (An-Naml: 32-35) Perilaku syura yang bijaksana ini berakhir apabila Ratu Balqis memluk agama Islam di hadapan Nabi Sulaiman AS, sehingga menyebabkan keselamatan dia dan kaumnya dari peperangan yang merugikan dengan demikian mereka memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat.

wassalam..

Menteri Fasola